Thursday, 8 November 2012

My first job as "CIK ANDAM BIDANG TERJUN"

Baru-baru ni,my kazen ada majlis hantaran AKA naik jujuran (org tawau bilang)...Tidak semenah2, she proposed me to be makeup artist dia untuk hari tu..chewahh...makeup artis ko jah..hehehe...Punya la aku berdebar2 coz even aku ni gila makeup, aku x pernah makeup orang lain terutama majlis2 yg melibatkan org ramai ni...Hanya my younger sista yg slalu jd mangsa aku bila aku gian nak make up org..huahuahua...So,boleh la di katakan ini la first job aku as "cik andam" even aku memang bercita-cita nak jd "cik andam" satu hari nanti...aminnnn.....

Ni la my sweet kuzzie..Mizs Nina...
My kuzzie ni memang dh cantik...orangnya putih melepak...kulit pun sangat la licin...itu yang buat aku tambah nerbes tu...ye la...kang x pasal2 org yang dh cantik bertukar rupa jd sebaliknya,naya la aku..huhuhu...On that day, aku just makeup dia yg simple2 sahaja coz aku takut silap makeup,kesian plak dia kan...apapun,my kuzzie berpuas hati dengan makeup aku hari tu....thanks my dear kazen coz bagi chance aku conteng2 warna kat ur face yg cantik tu..hehehe...
After make up, snap2 session...
My beauty kazen with my very simple makeup...
I hope this is my first step to achieve my dream to be "Cik Andam" suatu hari nanti...Coz i really like this jobs..Actually, my friend Connie proposed me utk make up dia this friday for her function..But, i can't do that coz i still work that time..huhuhuh....Ya Allah...mudahkan la rezekiku di dalam bidang ini...Amin Ya Rabil Alamin....
    My younger sis...makeup by me using MAC cosmetic
My younger sis...make up by me...by using product MAC...i really lurve that product coz makeupnya easy to wear n salesgirl n studionya memang peramah...Everytime u buy their product,they will teach u how to use it and at the same time u pun dpt di makeupkan secara percuma oleh mereka yg rata2nya adalah makeup artis..weeee....Harga memang mahal, tapi berbaloi bila memakainya...If ada masa, i will story with uolls what type of MAC cosmetic yg aku guna n share with uolls...Sharing is Caring....

From My Kitchen With Lurve : PAVLURVE A.K.A PAVLOVA

Sunday last weeks aku try wat pavlova....Resepi tu aku dapat dari blog Cik Epal...Simple jak pun resepi nya....Yang buat aku teruja nak buat tu coz rupa pavlova tu sangatttttttttttt menyelerakan tekak aku yg memang sentiasa berselera tinggi..(Cheh..kata diet cik debab oiii...:p)....Tapi,aku modified skit tang buah2 tu...aku just letak buah campur dlm tin tu jak coz malas nak turun p beli buah2 segar time tu...Rasa Pavlova ni mmg manis sangat...tak sesuwaiiiiii sungguh untuk golongan yang ada diabetes n tak sesuai jugak if di makan selalu oleh golongan yg x berdiabetes ni gak..kang tak pasal2 uolss pun ada "Sweet Pee Pee"  A.K.A   "Kencing Manis" plak jdnya...cukup la sekadar setahun 4 kali untuk melepaskan gian d hati..chewahhh...Tetiba jd pakar kesihatan plak...konfius i...hehehe...Bah...selamat menikmati gambar2 Pavlurve AKA Pavlova dari my kitchen uolss...

Bahan-Bahannya.
  1. 4 biji putih telur
  2. 3/4 cawan gula castor
  3. 1 sudu besar tepung jagung
  4. 1 sudu teh cuka makan
  5. 1 sudu teh esen vanila
  6. 1 cawan whipping cream
  7. 1 cawan buah tin (ikut selera..buah fresh lagi best...)
Cara-caranya....

  1. Pukul putih telur dan gula sehingga kembang dan berkilat
  2. Kemudian, masukkan tepung jagung,cuka makan dan esen vanila...gaul dengan spatula..
  3. Lepas tu, ambik kertas minyak, buat bulatan kat atas kertas tu...
  4. Tuangkan adunan tadi ke atas kertas minyak tu (Bulatan tu sebagai ukuran size pavlova yg korang nak)
  5. Panaskan oven ke 150'C selama 15 minit
  6. Bila dah panas,masukkan adunan tadi ke dalam oven dan turunkan suhu ke 140'C (Aku guna api atas bawah) selama 60 minit.
  7. Selepas 60 minit,bila adunan dah td dh berwarna coklat kuning2 skit,matikan suis oven..Biarkan pavlova yg dah masak tu sejuk sendiri di dalam oven.
  8. Sementara menunggu pavlova tu sejuk,pukul whipping cream tadi sehingga kembang (Jangan terlalu lama memukul whipping cream tu coz whipping cream tu bleh rosak jadi berketul2 dan berair)
  9. Bila pavlova dh sejuk,boleh la sapukan whipping cream td di atas pavlova tu,letak buah n tabur rice chocolate (Ikut selera dan nafsu anda...hehehe)..
  10. Masukkan Pavlova tu dalam ice box dan bila dah sejuk,boleh la menikmatinya seisi keluarga...:).
Sedang Menunggu Pavlova masak dlm oven...Berdebar coz takut x jadi...
Taraaaaaaa....ni la Pavlova hasil tangan aku....
Ni tips dari aku untuk sesiapa yang nak buat pavlova ni...Jangan sesekali gatal tangan nak buka terus penutup oven ni bila pavlova tu dh masak...biarkan pavlova tu sejuk sendiri berserta oven tu skali...If uollsss gatal tgn gak nak buka,ur Pavlova akan menjadi retak seribu bersama2 skali hati uollss...hehehe...bah...selamat mencuba...

Friday, 2 November 2012

Jiwa Kacau....



Apasal perasaan ni??nak kata bad mud,x jgak..nak kata marah,x jugak yg nk d marah...cuma,jiwa rasa agak kacau sikit beberapa hari ni...aduiiiii....rasa mcm nak p tempat yg tinggi-tinggi nun atas gunung Kinabalu n jerit kuat2 lepaskan perasaan...Ya Allah,Ya Tuhanku...Kuatkan hati ku....Tenangkan lah Jiwaku.....

Sunday, 21 October 2012

Umrah 2012 (Part 4)

Hoh..lamanya nak habiskan entry pasal Umrah ni...huhuhu..langsung takdak idea nak update blog now..huhuhuhu...kemalasan melanda diri ni...tapi,rajin plak skodeng blog org len like blog Fatin Liyana,Ash Give and banyak g la blog2 org yg kiut miut n entri best-best..hohoho...Tp,blog sendiri,sawang nak naik dh,labah2 dh siap bina rumah banglo lg....hehehe...begitu la tahap kemalasan aku skrg ni tau....

Bah..back to the point..ni last entry aku pasal umrah hari tu..tp kali ni,aku tempek gambar jak la byk2...coz x dak idea nak mengulasnya lebih lanjut lagi...Kan dari gambar tu membawa seribu makna n maksud yg tersirat...cheh...alasan tu..gempak la sangat..hahah...so..apa lagi..selamat menikmati gambar2 sepanjang percutian umrah yang lalu uolsss...

Lawatan sepanjang di Madinah
Masjid Quba
Bukit Uhud/Kuburan Para sahabat yang mati syahid 
Pasar Kurma..Macam2 jenis kurma ada..dari yang murah sampai la  yg harga Rm150/kg
Masjid Qiblatain
                           Lawatan sepanjang di Mekah
Bukit Thur
Jabal Ar-Rahmah
Ladang Unta
Masjidil Haram
Wahh..akhirnya...siap jugak aku menempek gambar-gambar sepanjang umrah ni...hohoho....Ada masa dan juga kerajinan,aku akan cuba cerita sikit2 setiap gambar yang aku tempek ni...Ok la uoll...selamat menikmati gambar2 yang x seberapa ni...apapun,alhamdullillah...aku diberi kesempatan mengunjungi tempat suci ini di dalam usia yang muda ni (errmmmmm...muda kahhhh?hohohohoho...)...Insyaallah..ada rezeki,aku akan mengunjunginya lagi...Aminnnn.....



Thursday, 4 October 2012

Umrah 2012 (Part 3)

Waaa....Lamanya tak updated blog..huhuhuhu...tak pa..kali ni,aku try nak siapkan entry aku pasal umrah 2012 ni...lagipun,skrg kan musim demam cerita Adam & Hawa kan...Tambah-tambah lagi,beberapa mlm ni scene dorang kat Madinah n Mekah...Tu yang buat hati aku rindu sangat nak buat n siapkan entry ni..Bila tengok cerita tu,seolah2 aku pun macam ada kat sana time tue..chewahhhh..layan feeling uollsss...hahahaha....

Ok..Back to the story...kalau layan merapu aku ni,memang tak siap g la entry aku ni lg...hehehe....Last entry before ni aku cerita pasal perjalanan kami menuju ke Kota Madinah kan...So..after 3-4 hours dalam perjalanan,kami pun sampai la di Kota Madinah...Hotel kami terletak bersebelahan saja dengan Masjid Nabawi...Masa sampai tu,orang baru selesai solat Asar...After check in,solat,rehat,mandi n makan malam, Jam 9,kami semua berkumpul di lobi hotel untuk lawatan ke Masjid Nabawi dan juga mengunjungi Makam Nabi/Raudhah...Jemaah wanita di iringi oleh seorang Ustazah dari Indonesia...For uols information, most of ustaz n ustazah yang dilantik menjadi pengiring jemaah haji/umrah kat cni adalah orang Indonesia..n ramai pekerja-pekerja kat dalam masjid Nabawi tu pun berasal dari negara Indonesia...Punya la seronok dengar mereka berbual dalam bahasa Arab..Waaa...kagumnya aku.....macam air jak dorang cakap arab..Lancar.....hehe...

Kusyuk mendengar taklimat dari Mutawif
Masjid Nabawi dari jauh
Masa lawatan ni,tak banyak gambar yang ada coz jemaah perempuan memang susah nak bawa kamera masuk dalam masjid coz akan diperiksa dekat pintu masuk masjid tu...huhu..Melalui taklimat yang diberikan oleh Ustazah yang mengiringi kami tu, kami akan masuk ke kawasan Raudhah secara bergilir-gilir...n if x silap,kumpulan kami adalah kumpulan yang ketiga untuk masuk ke kawasan tu dalam waktu tu...Baru la tau rupanya nak masuk kawasan Raudhah tu punya la susah n sesak...kena tunggu giliran lagi...Ada beribu-ribu orang yang nak masuk ke kawasan tu time tu...So,semasa menunggu tu,masa di isi dengan sembahyang sunat n membaca surah Yassin seberapa banyak yang dapat sementara menanti turn untuk masuk ke kawasan tu...

Setelah lebih kurang dekat 1 jam 1/2 menunggu,maka tiba la turn kami untuk masuk ke kawasan tu..Kawasan Raudhah ni kecik jak...n kawasan yang dikatakan tempat doa paling mustajab tu lagi la kecik...Rasa-rasanya dalam 60-80 jemaah jak muat if nak tunaikan solat sunat,sedangkan yang nak masuk situ ada beratus2 orang dalam satu masa...memang sesak sangat....Thats why la orang berebut-rebut nak masuk tempat tu...Uols bayangkan la kena berasak-asak dengan wanita-wanita arab yang saiznya lebih besar n lebih tinggi dari kita n dorang ni memang ganas gila...huhuhuhu...tp,alhamdullilah, dengan izin Allah, aku dapat menunaikan solat sunat betul-betul di Saf yang paling depan..Sebelum aku nak masuk ke kawasan Raudhah tu and dapatkan tempat solat tu,aku memang dah tekad akan pastikan emak aku pun dapat tunaikan solat di bahagian Saf paling depan tu and aku la yang menjadi bodyguard emak aku semasa orang berasak-asak nak masuk n ambik tempat solat tue...Satu keajaiban yang terdetik di hati aku ialah, semasa kami tengah berasak-asak nak masuk ke kawasan raudhah tu,ustazah yang mengiringi kami tu tarik tangan aku and dorong aku sehingga sampai ke Saf paling hadapan...Aku rasa,tak sampai 5 minit,aku dh dapat tempat untuk tunaikan solat betul2 dikawasan Raudhah,sedangkan jemaah yang lain jauh ketinggalan di belakang tengah berusaha membolosi dinding badan wanita-wanita arab yang besar tue......Perasaan masa tu susah nak digambarkan...Air mata otomatik jatuh berderai tanpa ditahan-tahan..hati menjadi sangat sebak...

Cuma,aku nak kongsi pengalaman aku masa tunaikan solat kat kawasan ni..Disebabkan keadaan yang sesak  sangat,ada sebahagian jemaah yang sedang menunaikan solat terutama di saf ke 3 dan seterusnya dipijak kepalanya oleh jemaah lain semasa berebut nak dapatkan tempat...Uols bayangkan la keadaan tu mcm mana sampai kepala orang yang tengah solat pun di pijak...Subhannallah...Kesian jugak tengok...Ada certain jemaah Arab tu plak,tak nak bertolak ansur...Dah solat sunat hajat,nak buat lagi solat2 sunat yang lain...ini yang membuatkan keadaan bertambah sesak dan jemaah yang lain terpaksa menunggu lama...Itu la orang cakap, banyak benda-benda yang aneh yang akan kita lihat and tengok sepanjang kita berada disana...Apapun,syukur alhamdullillah...aku dan family aku dapat menunaikan solat hajat di kawasan Raudhah tu di bahagian saf yang paling depan dengan tenang dan mudah...

After solat tu,kami pun balik la ke hotel untuk rehat dan tidur coz esoknya kami akan melawat ke beberapa kawasan disekitar Kota Madinah..

Monday, 10 September 2012

Umrah 2012 (Part 2)

Hah...Entry kali ni aku nak sambung plak stori mori aku pasal g umrah hari tu...After berbelas-belas jam dalam flight from KK-HKg-Dubai-Jeddah,kami pun dengan selamatnya sampai di Jeddah....Kawasan airport tu sangat la besar dan luas..Macam biasa,after turun dari flight,kami menaiki bas menuju ke Terminal Haji di Jeddah yang mengambil masa lebih kurang 10 minit...

Selamat Tiba di Bumi Arab
Terminal Haji dari  jauh
Snap-snap dalam bas...muka tired tp excited sangat dah sampai  Jeddah...
Dah masuk terminal tu,macam biasa, lalu kastam and imigration,cop passport segala,ambik barang and after that tunggu bas kat luar untuk menuju ke Kota Madinah...Suhu time sampai tue around 36'C - 43'C...panas sangat...If kat Malaysia, sure banyak hutan terbakar dengan suhu macam ni kan..huhuhu..
Dalam Terminal Haji Jeddah..Baru lepas ambik brg...only 5 bags..
Selamat Datang ke arab Saudi.....
Tengah tunggu bas d kawasan terminal Haji Jeddah (Suhu around 36-43'C)..
Kami bertolak dari Jeddah menuju ke Madinah dalam jam 11.30 tgh hari waktu Jeddah (If waktu Malaysia,dalam jam 4.30 petang (beza masa +5 jam)...Kami bergerak dengan dua buah bas besar yang membawa 43 orang penumpang dari Malaysia semuanya...Kami singgah sebentar d bandar Jeddah untuk mengambil Mutawif yang akan mengiringi kami sepanjang menunaikan ibadah umrah nanti...Kami singgah sebentar di sebuah kawasan (tak ingat dh namanya..huhu..) untuk berhenti makan (makanan telah disediakan oleh pihak tabung haji) dan sembahyang zohor...Suhu yang panas membara semakin terasa...tapi yang ajaibnya kita tidak akan berpeluh!!!cuma bahang panasnya la sangat terasa...
Dalam bas menuju ke Kota Madinah
Pemandangan sepanjang jalan menuju ke Kota Madinah
Ok..aku rasa that all la untuk entry Umrah Part 2 ni dulu...Entry lepas ni aku akan stori mori plak aktiviti-aktiviti kami sepanjang berada di Tanah Suci Kota Madinah n Mekah nanti..check it outttt.....:)..

Miz Rinie

Wednesday, 5 September 2012

Umrah 2012 (Part 1)

Hujang bulan Mei 2012 yang lalu,aku dan family aku selamat mengerjakan umrah dengan mengikuti pakej Umrah Tabung Haji (Kos dalam rm7500/seorang termasuk tambang Mas dari Tawau - KK - Tawau)...Gembira sangat bila dapat menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Kota Mekah n Madinah...Kami berada di sana lebih kurang 10 hari (28hb Mei 2012 - 07hb June 2012)..3 hari ni Madinah dan 7 hari di Mekah.. Penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 12 jam (Kota Kinabalu - Hong Kong = 3 jam, Hong Kong - Dubai = 6 Jam, Dubai - Jeddah = 3 Jam) dengan menaiki pesawat Dragon Air....Makanan sepanjang perjalanan memang tip top and sedap sampai tak larat nak habiskan weiiii...heeee..
Meals dalam flight KK - Hong Kong...Yummy...
Aktiviti sepanjang perjalanan tidak lain dan tidak bukan selain makan-tidur-tengok movie-dengar lagu-p toilet-Ambik gambar - bercerita sesama adik beradik ...hohoho...
Aktiviti sepanjang perjalanan Hong Kong - Dubai..
hah..Ni nak cerita sikit...Masa transit kat International Airport Hong Kong tu, airport tu punya la besar gedabak weii...aku rasa 5 kali ganda airport KLIA...ada 531 gate..Kapal Terbang parking mcm teksi jak..berderet-deret...huhuhu..sungguh jakun aku time tu..hahaha.......Lepas turun dari flight tu kena naik bas nak g bangunan airport bahagian ketibaan tu...ada lah dalam 6 minit macam tu...kedai kat dalam tu mak aii mcm shopping  kompleks dah weii...huhu..Jakun..jakun..hahaha...lepas tu aktiviti turun escalator nak naik LRT nak g bangunan balai berlepas plak...lebih kurang 3 minit la naik LRT tu....
Dalam LRT nak pegi balai berlepas/tempat menunggu
keluar LRT,naik escalator pusing-pusing bangunan...Escalator tu punya la tinggi-tinggi semua..macam naik roller coster..hahaha...terkejar-kejar jugak la kami coz takut terlepas/berpisah dengan ahli kumpulan yang lain..
Aktiviti naik tangga menuju balai berlepas/tempat menunggu
Jalan-jalan kejap jap kat kawasan tu,ambik-ambik gambar coz byk kedai dh tutup time tu coz dh jam 11 malam...lepas tu,kami bergerak semula ke bahagian pemeriksaan kastam and imigration untuk masuk ke balai tempat menunggu flight seterusnya ke Dubai...hah..kat cni nak bgtau...Sebarang makanan dari Malaysia susah nak lepas kat cni...Milo kotak pun kena tahan and x dibenarkan dibawa masuk..hohoho..tp aku rasa abang kastam tu teringin sangat nak minum milo kotak tu kot..thats y dia rampas...hahaha...dah check apa semua,we all gerak la p balai menunggu sambil merehatkan diri sementara menunggu flight g Dubai jam 1:00 pagi nanti..ehhh...tempat menunggunya ada disediakan komputer and internet sekali tau..hehehe...bleh la berfesbuk lg untuk mengisi masa lapang bagi sesiapa yang x bawa gajet kan...heee..
At International Airport Hong Kong.
Kawasan Pameran di balai berlepas/tempat menunggu
Waiting for next flight to Dubai - Jeddah...
Aktiviti wajib - snap..snap...haaaa...

Ok...thats all for entry Umrah 2012 part 1...nanti aku sambung story lagi di the next entry...mau mencari idea dulu ya..hahaha....
Miz Rinie


Tuesday, 7 August 2012

Aku Dan SKII FTE...


Hah..Entry kali ni nak lari topik sikit dari bab diet...tp sesuai la dgn tema blog ni ni Miz Debab Anggun...Heee...Selain bab2 diet, aku ni bab anggun-anggun memang suka sangat...ya la...diri dah la tak anggun kan,so kena try gak menganggunkan diri dgn apa cara sekali pun..(hah..kelas ko minah...heeeee....)...Kali ni, aku nak story mori skit pasal produk SKII ni....Actually,aku start guna produk ni hujung tahun lalu....Time tu SKII kat Parkson 1Borneo tgh buat promotion untuk Trial Set for Pitera...Beli Trial Set tu,dapat box colour merah....


Dalam box tue ada Facial Tretment Essense (FTE),Clear Lotion and Mask...Aku suka sangat box tue...tambah2 lagi aku semenjak dua menjak ni menggilai warna merah...hahh..Harga Pitera Trial Set ni dalam Rm199...clear lotion and Mask tu kira free la...If ikut harga sebenar,rm199 tu hanya untuk harga FTE tu jak untuk botol yg bersaiz kecik (75ml)...sekeping mask tu pulak dalam harga rm50 and Clear Lotion tu aku tak pasti plak berapa harganya utk 20ml...tp if yg bersaiz besar,harga dalam rm169...so,maybe nilainya around rm25 la utk 20ml...Tambah tolak,dah jimat rm75 n siap dapat red box yang vavaboom lg kaler merah...heee...

Setakat ni,aku dah masuk botol yg ke 3...botol yang kedua tu,aku beli yang saiz besar around rm499 (time ni dapat g sebotol FTE 15ml secara percuma...i likeeee...yg tu bagi my mum..heeee....)and botol ke 3 ni aku baru jak beli last month,bersaiz kecik 75ml...time ni just dpt voucher rm40 jak dr parkson...ok la tue kan..bleh beli brg lain lg...heeee....


Komen pasal  produk ni???Muka aku ni jenis yg agak berminyak and certain part agak kering...n pori-pori besar...sungguh tak chantikkk....huhuhu...tp,alhamdullillah,semenjak dh guna FTE ni,masalah muka dah berkurang sikit...Aku suka pakai FTE ni coz kulit kita akan rasa lembut jak bila pakai n kulit sentiasa terasa lembap...bila kulit kering,korang letak la dua tiga titik kat tapak tangan n tepuk2 kat wajah korang,sure kulit serta merta tak kering n lembap sepanjang hari (itu pengalaman aku la...tak tau plak pengalaman org lain kan...)...Aku pakai ni dua kali sehari...sebelah siang and before tdo malam...Bau FTE ni agak smelly skit..mcm bau2 tapai skit,tp its ok for me selg tak bau longkang ke,bangkai ke,hape ke...heeee..


Hah..nampak tak perbezaannya after guna FTE???bukan dari segi cantik,tp dari segi tona wajah tu dh agak sekata berbanding sebelum guna SKII..heeee...Apapun,aku memang berpuas hati dengan produk ni...and insyaallah,selagi berkemampuan,aku akan terus gunakan produk ni...sekrg tgh plan nak guna produk anti aging SKII...Nanti aku story mory lagi if dh guna produk tu...Bah...chaucincauuu.....

Miz Rinie

Bila Gastrik Melanda......


Aduhh..lamanya tak update blog..huhuhu...sedikit bz kebelakangan ni...urus adik masuk Kolej MAHSA,kerja,bla...bla..bla....sampai tak dak idea nak tulis entry..coz penat and otak jd blur...Diet???diet aku masi on lg..cuma agak kacau bilau sikit bila aku kena serang gastrik...mau tak mau,aku kena makan nasik gak...if tak, sure gastrik datang melanda dan gastrik di bulan puasa bukan la sesuatu yang menyeronokkan....betul2 rasa tak selesa teruatama kat hati...adehhh...hanya orang-orang yang ada gastrik jak la yg memahami...berat aku tak berani timbang coz takut kecewa bila tgk berat bertambah nanti...uwaaaa......aku ni bila susah hati n kecewa,hanya makan yg menjadi ubat..so,utk avoid perasaan kecewa and susahhati tu,aku avoid la benda2 yg boleh membuatkan hati aku ni gundah gulana seperti menyorokkan  alat penimbang d tempat2 yang sepatutnya and jauh dari pandangan mata kasar aku...(yeee la tue...haaaa...)....Apapun, diet tetap diet...tp wat diet dgn mengurangkan portion makanan...insyaallah bila gastrik dh ok and sembuh,perjuangan akan diteruskan semula...Chaiyoo..chaiyooo...

Monday, 23 July 2012

Salam Ramadhan....

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubaraq dan Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa dari Miz Debab untuk semua...Jom sama-sama kita mengambil berkat dibulan Ramadhan yang mulia ni dengan menyahut cabaran Mr.Ben untuk menurunkan 10 kg berat di bulan puasa ni...Chaiyo..chaiyo....

Thursday, 19 July 2012

Fatin Liyana....Si Cantik Manis....

Waaaa...Lari tajuk sikit plak entry aku kali ni...heeeee.....tp,serius aku cakap...Fatin Liyana,pemilik blog Honeykoyuki.blogspot.com tu memang kiut...suka tengok dia...dah la cantik,pandai lg,manis orangnya...yang penting full package la....suka baca entry2nya terutama life nya as a medical student dekat oversea and pasal percutian2nya....santai and best bila baca...Yang penting bila tengok wajah dia,tenang terus hati wooo....

Sumber : Google Image...heeeee
Haaa...korang tengok la sendiri gambar2 Fatin Liyana yang aku ambik dari encik Google...Cantik tak?cantik tak?aku tengok,simple jak pakaian dia ni...tp,tetap cantik pada pandangan mata aku....(Sori ye Fatin...akak cilok gambar Fatin kat Encik Google...Heeee.....)....Apapun, i wish Fatin Liyana akan kekalkan imagenya yang santai mcm ni.....So, blogger2 lain,jom terjah blog Honeykoyuki.Blogspot.com...

Sunday, 15 July 2012

6 Sebab Kenapa Miz Debab Anggun Nak Slim....

Kurus..kurus..kurus...semua yg debab2 mcm aku ni memang nak sangat kuruskan badan..korang rasa,best ke jd gemuk?hmmm....susah gak nak cakap wei....its depend dengan setiap pengalaman yang korang lalui..ada yang melaui saat2 menjadi debab dengan penuh gumbira and ada yg menyakitkan hati.....huhuhu...Entry kali ni aku nak list beberapa perkara yang membuatkan aku tekad nak kuruskan badan aku kali ni.....
  1. First of all, of coz la sebab kesihatan kan...coz sekarang ni,org kurus pun bleh kena sakit jantung...ni kan lg golongan debab mcm aku ni yg tahap kolestrol over the city sampai jd OBERSITI...huhuhu..."Ehh..ajal maut di tangan Tuhan la.." Memang laaaa....tp, sekurang2nya mencegah tu lebih baik dr tak buat apa2 kan...
  2. Penat dah dengar gurauan,ejekan dan menjadi lawak jenaka orang...huhuhu..20 tahun aku jd debab ni,mcm2 gurauan dan ejekan aku dpt....paling sandi gurauan seorg kawan keja..."Ehhh...Susie...ko jd badut untuk family day nnt pun ok gak tu coz ko kan berisi..."...hmmm...itu la gurauan paling kurang ajar yg aku pernah dengar dlm hidup aku...:(...
  3. Aku teringin sangat nak sarungkan seluar Levis coz aku suka cutting and designnya..huhuhu...tp,size badan sekrang,betis pun tak lepas g if nak sarungkan seluar levis tu...uwaaaaa...
  4. Aku memang suka dengan fesyen....tp size badan aku tidak mengizinkan aku memakai baju2 yang cantik tue...bila p kedai baju,jurujual mesti ckp "kak,kat cni semua baju size kecik..kalau kakak nak size besar, ada kat kawasan lain..."uwaaaaa....
  5. Kerja aku memerlukan aku menjadi seorang yang lebih aktif dan bertenaga untuk bekerja...dah namanya kerja kat ladang bahagian operasi kan,so memang kena tangkas mcm lelaki skit..huhu..so, bila dh debab ni,agak susah untuk aku bergerak la...lgpun, my Ex-Chief Operation Officer slalu tegur aku supaya aku dapat kuruskan badan aku....Ok,Tuan...i will accept and take ur advise....heeee...
  6. Someone who i really love almost for 10 years leave me for others women because dh dpt awek cun badan bergetah..huhuhu...so, i took it as a challenge and think in a positive way..i must love myself before i love other man....
So...itu la alasan-alasan yang menguatkan semangat aku nak kurus kali ni...tapi, reason no.6 tu la yang memberi kesan yang paling mendalam dalam diri aku...huhuhu...tak pa la....maybe dia bukan yang terbaik untuk aku...and aku tahu Tuhan dah aturkan yang terbaik dalam hidup aku...aku terima semuanya dengan hati yang tabah.....Apapun, perjuangan perlu di teruskan walau apapun yang berlaku...Chaiyo...Chaiyo....

Wednesday, 11 July 2012

Percaya Pada Diri....


Kadang kala, kita kurang yakin dengan kemampuan diri kita....Orang slalu ckp, apa yang ko fikirkan, itu la yang akan berlaku...yupss..memang betul...if korang cakap korang x boleh, memang betul-betul la tak boleh coz otak korang dah otomatik set tak boleh...Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku...

We just take a simple experience in my life....Masa aku study diploma kat UiTM Sabah dulu, aku kena ambik subjek Account dalam sem.3...Perghhh...Ni la subjek yg pernah buat aku marah sampai aku "tikam" buku akaun aku guna pen tajam masa form 2 dulu if tak silap aku...hahhh...betul beb...tensen punya pasal coz x dapat bg seimbang akaun tue..hahaha...So, otak aku bila belajar subject tu memang dh set dari awal lg yang aku tak bleh buat...Bila dah set,apapun yg d belajar memang tak masuk coz dalam otak dok pikir subject ni memang susah...huhuhu...Nak d jdkan cerita...bila exam tiba utk subject tu, aku dh jd give up and belajar pun memang tak masuk2 dh...so,balik bilik, aku terus tido and  aku tekad untuk "gagal" dlm subject tu..hahahaah....and resultnya semestinya sama seperti yang telah aku setkan dr awal lg...aku "FAIL" subject tue dengan grade E...haaaaaaaa....

Masuk sem.4, aku kena repeat paper account tu...So, lama jugak aku fikir mcm mana nak lulus subject tu...Fikir punya fikir, terlintas dalam fikiran aku, kawan-kawan lain boleh buat, apasal aku tak bleh buat plak kan?So, aku ambik langkah untuk study subject tu sendiri...Aku cari buku subject Account form five and aku belajar dari awal...hoh....Rupanya subject tu idak lerr susah mana pun...cuma, otak dah set susah, susah la jdnya kan...huhuhu...and alhamdullilah...dengan keyakinan yang aku ada, aku lulus untuk subject account yg aku repeat tu dengan mendapat B+...heeeee...Jauh tu..Dari E p B+...laaaaa...Boleh buat pun rupanya...cuma, perlukan keyakinan and usaha jak...adehh...

So, for me, sama la mcm diet ni kan....if kita tak yakin, memang gtu je la takat kita....and macam-macam alasan kita berikan..susah la...seksa la...begitu la..begini la...tulis satu buku pun tak cukup untuk catit alasan-alasan negatif kita tu..yer dak? huhuhu...So, untuk diet kali ni, aku memang yakin aku bleh kuruskan badan aku....and i will PROVE it...

By the way, hari ni dah masuk hari ke 3 fasa pertama...Mcm ada lapar-lapar sikit jugak, tp aku tak layan sangat...huhuhu...So, pictures kat bawah ni makanan yang aku ambik sepanjang hari ni...


Petang masa meeting td sempat g mkn kuih 1 1/2 potong..nak upload gambar, tp x dpt plak..huhu...Bah..cukup sampai d cni dulu entry kali ni...dah kul12.30 am..kul 4 nak bangun dh g keja..huhuhu...Gud nite uolsss...







Monday, 9 July 2012

Bermulanya Perjuangan....





Hari ni bermulanya perjuangan aku untuk menurunkan berat badan aku kepada BMI yg lebih sihat...Pagi td timbang berat badan (Jam 4.30 pagi..jgn terkejut coz aku memang hari2 kena bangun awal untuk p keja...huhuhu...),berat dah naik from 105 kg to 109.1 kg (3.9 kg naik weiii..huhuhu...)..Tinggi aku dalam 158 cm...so, BMI memang tahap2 OVER THE CITY (OBERSITI)..huhuhuhu..Ngeri wei...Tp,before this, aku pernah capai berat badan setinggi 115 kg,time aku menganggur dulu...tp,raya tahun lalu, aku dapat turunkan berat badan aku ke 101 kg after minum Jusmate 5...Lepas tu,berat maintain je....and suddenly, baru-baru ni berat aku naik mencanak-canak..tu yang jadi 109.1 kg aku timbang pagi td..huwaaaa....(i tak salahkan JM% yeee...memang slah i sendiri...huhuhu..)


 Huh..boolat kan aku...huhuhu...kakak,adik n emak aku slim jak...huhuhu

So,target aku dalam tempoh 2 bulan dari tarikh aku diet ni (09/07/2012), aku dapat mengurangkan berat badan aku dari 3 angka ke 2 angka (109.10 kg to 99.90 kg)....last target aku, aku nak dapat berat badan around 60 kg to 55 kg coz aku tak nak la kurus sangat...Bah.. d bawa ni menu aku untuk First Day Fasa Pertama aku diet....Ckeck it outttt....
Breakfast.....  




Lunch...Mcm terlebih sikit..heeee...
Tea time...tp minum dengan segelas air kosong jak...
Dinner...Sayur Udang Tauhu...    





Hari ni aku tak de exercise yg betul2 punya...cuma hari ni bz berjalan ke hulu ke hilir wat keja...balik keja terus sambung masak untuk dinner plak..so,adakah itu di kira exercise juga,En.Ben?heeee....Bah.....First day fasa pertama dah berlalu dengan jayanya without nasi...tp,still mcm ada lg yg terlebih ambik kot..hehehe...tak pe...i will improve it day by day...so...wish me luck uolls...