Monday 10 September 2012

Umrah 2012 (Part 2)

Hah...Entry kali ni aku nak sambung plak stori mori aku pasal g umrah hari tu...After berbelas-belas jam dalam flight from KK-HKg-Dubai-Jeddah,kami pun dengan selamatnya sampai di Jeddah....Kawasan airport tu sangat la besar dan luas..Macam biasa,after turun dari flight,kami menaiki bas menuju ke Terminal Haji di Jeddah yang mengambil masa lebih kurang 10 minit...

Selamat Tiba di Bumi Arab
Terminal Haji dari  jauh
Snap-snap dalam bas...muka tired tp excited sangat dah sampai  Jeddah...
Dah masuk terminal tu,macam biasa, lalu kastam and imigration,cop passport segala,ambik barang and after that tunggu bas kat luar untuk menuju ke Kota Madinah...Suhu time sampai tue around 36'C - 43'C...panas sangat...If kat Malaysia, sure banyak hutan terbakar dengan suhu macam ni kan..huhuhu..
Dalam Terminal Haji Jeddah..Baru lepas ambik brg...only 5 bags..
Selamat Datang ke arab Saudi.....
Tengah tunggu bas d kawasan terminal Haji Jeddah (Suhu around 36-43'C)..
Kami bertolak dari Jeddah menuju ke Madinah dalam jam 11.30 tgh hari waktu Jeddah (If waktu Malaysia,dalam jam 4.30 petang (beza masa +5 jam)...Kami bergerak dengan dua buah bas besar yang membawa 43 orang penumpang dari Malaysia semuanya...Kami singgah sebentar d bandar Jeddah untuk mengambil Mutawif yang akan mengiringi kami sepanjang menunaikan ibadah umrah nanti...Kami singgah sebentar di sebuah kawasan (tak ingat dh namanya..huhu..) untuk berhenti makan (makanan telah disediakan oleh pihak tabung haji) dan sembahyang zohor...Suhu yang panas membara semakin terasa...tapi yang ajaibnya kita tidak akan berpeluh!!!cuma bahang panasnya la sangat terasa...
Dalam bas menuju ke Kota Madinah
Pemandangan sepanjang jalan menuju ke Kota Madinah
Ok..aku rasa that all la untuk entry Umrah Part 2 ni dulu...Entry lepas ni aku akan stori mori plak aktiviti-aktiviti kami sepanjang berada di Tanah Suci Kota Madinah n Mekah nanti..check it outttt.....:)..

Miz Rinie

Wednesday 5 September 2012

Umrah 2012 (Part 1)

Hujang bulan Mei 2012 yang lalu,aku dan family aku selamat mengerjakan umrah dengan mengikuti pakej Umrah Tabung Haji (Kos dalam rm7500/seorang termasuk tambang Mas dari Tawau - KK - Tawau)...Gembira sangat bila dapat menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Kota Mekah n Madinah...Kami berada di sana lebih kurang 10 hari (28hb Mei 2012 - 07hb June 2012)..3 hari ni Madinah dan 7 hari di Mekah.. Penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 12 jam (Kota Kinabalu - Hong Kong = 3 jam, Hong Kong - Dubai = 6 Jam, Dubai - Jeddah = 3 Jam) dengan menaiki pesawat Dragon Air....Makanan sepanjang perjalanan memang tip top and sedap sampai tak larat nak habiskan weiiii...heeee..
Meals dalam flight KK - Hong Kong...Yummy...
Aktiviti sepanjang perjalanan tidak lain dan tidak bukan selain makan-tidur-tengok movie-dengar lagu-p toilet-Ambik gambar - bercerita sesama adik beradik ...hohoho...
Aktiviti sepanjang perjalanan Hong Kong - Dubai..
hah..Ni nak cerita sikit...Masa transit kat International Airport Hong Kong tu, airport tu punya la besar gedabak weii...aku rasa 5 kali ganda airport KLIA...ada 531 gate..Kapal Terbang parking mcm teksi jak..berderet-deret...huhuhu..sungguh jakun aku time tu..hahaha.......Lepas turun dari flight tu kena naik bas nak g bangunan airport bahagian ketibaan tu...ada lah dalam 6 minit macam tu...kedai kat dalam tu mak aii mcm shopping  kompleks dah weii...huhu..Jakun..jakun..hahaha...lepas tu aktiviti turun escalator nak naik LRT nak g bangunan balai berlepas plak...lebih kurang 3 minit la naik LRT tu....
Dalam LRT nak pegi balai berlepas/tempat menunggu
keluar LRT,naik escalator pusing-pusing bangunan...Escalator tu punya la tinggi-tinggi semua..macam naik roller coster..hahaha...terkejar-kejar jugak la kami coz takut terlepas/berpisah dengan ahli kumpulan yang lain..
Aktiviti naik tangga menuju balai berlepas/tempat menunggu
Jalan-jalan kejap jap kat kawasan tu,ambik-ambik gambar coz byk kedai dh tutup time tu coz dh jam 11 malam...lepas tu,kami bergerak semula ke bahagian pemeriksaan kastam and imigration untuk masuk ke balai tempat menunggu flight seterusnya ke Dubai...hah..kat cni nak bgtau...Sebarang makanan dari Malaysia susah nak lepas kat cni...Milo kotak pun kena tahan and x dibenarkan dibawa masuk..hohoho..tp aku rasa abang kastam tu teringin sangat nak minum milo kotak tu kot..thats y dia rampas...hahaha...dah check apa semua,we all gerak la p balai menunggu sambil merehatkan diri sementara menunggu flight g Dubai jam 1:00 pagi nanti..ehhh...tempat menunggunya ada disediakan komputer and internet sekali tau..hehehe...bleh la berfesbuk lg untuk mengisi masa lapang bagi sesiapa yang x bawa gajet kan...heee..
At International Airport Hong Kong.
Kawasan Pameran di balai berlepas/tempat menunggu
Waiting for next flight to Dubai - Jeddah...
Aktiviti wajib - snap..snap...haaaa...

Ok...thats all for entry Umrah 2012 part 1...nanti aku sambung story lagi di the next entry...mau mencari idea dulu ya..hahaha....
Miz Rinie


Tuesday 4 September 2012

Luahan Hati,Bisikan Rasa..