Thursday 8 November 2012

From My Kitchen With Lurve : PAVLURVE A.K.A PAVLOVA

Sunday last weeks aku try wat pavlova....Resepi tu aku dapat dari blog Cik Epal...Simple jak pun resepi nya....Yang buat aku teruja nak buat tu coz rupa pavlova tu sangatttttttttttt menyelerakan tekak aku yg memang sentiasa berselera tinggi..(Cheh..kata diet cik debab oiii...:p)....Tapi,aku modified skit tang buah2 tu...aku just letak buah campur dlm tin tu jak coz malas nak turun p beli buah2 segar time tu...Rasa Pavlova ni mmg manis sangat...tak sesuwaiiiiii sungguh untuk golongan yang ada diabetes n tak sesuai jugak if di makan selalu oleh golongan yg x berdiabetes ni gak..kang tak pasal2 uolss pun ada "Sweet Pee Pee"  A.K.A   "Kencing Manis" plak jdnya...cukup la sekadar setahun 4 kali untuk melepaskan gian d hati..chewahhh...Tetiba jd pakar kesihatan plak...konfius i...hehehe...Bah...selamat menikmati gambar2 Pavlurve AKA Pavlova dari my kitchen uolss...

Bahan-Bahannya.
  1. 4 biji putih telur
  2. 3/4 cawan gula castor
  3. 1 sudu besar tepung jagung
  4. 1 sudu teh cuka makan
  5. 1 sudu teh esen vanila
  6. 1 cawan whipping cream
  7. 1 cawan buah tin (ikut selera..buah fresh lagi best...)
Cara-caranya....

  1. Pukul putih telur dan gula sehingga kembang dan berkilat
  2. Kemudian, masukkan tepung jagung,cuka makan dan esen vanila...gaul dengan spatula..
  3. Lepas tu, ambik kertas minyak, buat bulatan kat atas kertas tu...
  4. Tuangkan adunan tadi ke atas kertas minyak tu (Bulatan tu sebagai ukuran size pavlova yg korang nak)
  5. Panaskan oven ke 150'C selama 15 minit
  6. Bila dah panas,masukkan adunan tadi ke dalam oven dan turunkan suhu ke 140'C (Aku guna api atas bawah) selama 60 minit.
  7. Selepas 60 minit,bila adunan dah td dh berwarna coklat kuning2 skit,matikan suis oven..Biarkan pavlova yg dah masak tu sejuk sendiri di dalam oven.
  8. Sementara menunggu pavlova tu sejuk,pukul whipping cream tadi sehingga kembang (Jangan terlalu lama memukul whipping cream tu coz whipping cream tu bleh rosak jadi berketul2 dan berair)
  9. Bila pavlova dh sejuk,boleh la sapukan whipping cream td di atas pavlova tu,letak buah n tabur rice chocolate (Ikut selera dan nafsu anda...hehehe)..
  10. Masukkan Pavlova tu dalam ice box dan bila dah sejuk,boleh la menikmatinya seisi keluarga...:).
Sedang Menunggu Pavlova masak dlm oven...Berdebar coz takut x jadi...
Taraaaaaaa....ni la Pavlova hasil tangan aku....
Ni tips dari aku untuk sesiapa yang nak buat pavlova ni...Jangan sesekali gatal tangan nak buka terus penutup oven ni bila pavlova tu dh masak...biarkan pavlova tu sejuk sendiri berserta oven tu skali...If uollsss gatal tgn gak nak buka,ur Pavlova akan menjadi retak seribu bersama2 skali hati uollss...hehehe...bah...selamat mencuba...

2 comments:

Abu Bagi said...

letak buah dan rice coklat ikut selera nafsu.. wahhh aku mmmg letak buah banyak banyak hahaha..

wo cam tu pulak kena tunggu dia sejuk sendiri dgn oven oven dia sekali..

Unknown said...

Hehehe...kalau nak letak dgn pokok2 buah2 tu skali pun bleh abu...hahaha