Thursday 4 October 2012

Umrah 2012 (Part 3)

Waaa....Lamanya tak updated blog..huhuhuhu...tak pa..kali ni,aku try nak siapkan entry aku pasal umrah 2012 ni...lagipun,skrg kan musim demam cerita Adam & Hawa kan...Tambah-tambah lagi,beberapa mlm ni scene dorang kat Madinah n Mekah...Tu yang buat hati aku rindu sangat nak buat n siapkan entry ni..Bila tengok cerita tu,seolah2 aku pun macam ada kat sana time tue..chewahhhh..layan feeling uollsss...hahahaha....

Ok..Back to the story...kalau layan merapu aku ni,memang tak siap g la entry aku ni lg...hehehe....Last entry before ni aku cerita pasal perjalanan kami menuju ke Kota Madinah kan...So..after 3-4 hours dalam perjalanan,kami pun sampai la di Kota Madinah...Hotel kami terletak bersebelahan saja dengan Masjid Nabawi...Masa sampai tu,orang baru selesai solat Asar...After check in,solat,rehat,mandi n makan malam, Jam 9,kami semua berkumpul di lobi hotel untuk lawatan ke Masjid Nabawi dan juga mengunjungi Makam Nabi/Raudhah...Jemaah wanita di iringi oleh seorang Ustazah dari Indonesia...For uols information, most of ustaz n ustazah yang dilantik menjadi pengiring jemaah haji/umrah kat cni adalah orang Indonesia..n ramai pekerja-pekerja kat dalam masjid Nabawi tu pun berasal dari negara Indonesia...Punya la seronok dengar mereka berbual dalam bahasa Arab..Waaa...kagumnya aku.....macam air jak dorang cakap arab..Lancar.....hehe...

Kusyuk mendengar taklimat dari Mutawif
Masjid Nabawi dari jauh
Masa lawatan ni,tak banyak gambar yang ada coz jemaah perempuan memang susah nak bawa kamera masuk dalam masjid coz akan diperiksa dekat pintu masuk masjid tu...huhu..Melalui taklimat yang diberikan oleh Ustazah yang mengiringi kami tu, kami akan masuk ke kawasan Raudhah secara bergilir-gilir...n if x silap,kumpulan kami adalah kumpulan yang ketiga untuk masuk ke kawasan tu dalam waktu tu...Baru la tau rupanya nak masuk kawasan Raudhah tu punya la susah n sesak...kena tunggu giliran lagi...Ada beribu-ribu orang yang nak masuk ke kawasan tu time tu...So,semasa menunggu tu,masa di isi dengan sembahyang sunat n membaca surah Yassin seberapa banyak yang dapat sementara menanti turn untuk masuk ke kawasan tu...

Setelah lebih kurang dekat 1 jam 1/2 menunggu,maka tiba la turn kami untuk masuk ke kawasan tu..Kawasan Raudhah ni kecik jak...n kawasan yang dikatakan tempat doa paling mustajab tu lagi la kecik...Rasa-rasanya dalam 60-80 jemaah jak muat if nak tunaikan solat sunat,sedangkan yang nak masuk situ ada beratus2 orang dalam satu masa...memang sesak sangat....Thats why la orang berebut-rebut nak masuk tempat tu...Uols bayangkan la kena berasak-asak dengan wanita-wanita arab yang saiznya lebih besar n lebih tinggi dari kita n dorang ni memang ganas gila...huhuhuhu...tp,alhamdullilah, dengan izin Allah, aku dapat menunaikan solat sunat betul-betul di Saf yang paling depan..Sebelum aku nak masuk ke kawasan Raudhah tu and dapatkan tempat solat tu,aku memang dah tekad akan pastikan emak aku pun dapat tunaikan solat di bahagian Saf paling depan tu and aku la yang menjadi bodyguard emak aku semasa orang berasak-asak nak masuk n ambik tempat solat tue...Satu keajaiban yang terdetik di hati aku ialah, semasa kami tengah berasak-asak nak masuk ke kawasan raudhah tu,ustazah yang mengiringi kami tu tarik tangan aku and dorong aku sehingga sampai ke Saf paling hadapan...Aku rasa,tak sampai 5 minit,aku dh dapat tempat untuk tunaikan solat betul2 dikawasan Raudhah,sedangkan jemaah yang lain jauh ketinggalan di belakang tengah berusaha membolosi dinding badan wanita-wanita arab yang besar tue......Perasaan masa tu susah nak digambarkan...Air mata otomatik jatuh berderai tanpa ditahan-tahan..hati menjadi sangat sebak...

Cuma,aku nak kongsi pengalaman aku masa tunaikan solat kat kawasan ni..Disebabkan keadaan yang sesak  sangat,ada sebahagian jemaah yang sedang menunaikan solat terutama di saf ke 3 dan seterusnya dipijak kepalanya oleh jemaah lain semasa berebut nak dapatkan tempat...Uols bayangkan la keadaan tu mcm mana sampai kepala orang yang tengah solat pun di pijak...Subhannallah...Kesian jugak tengok...Ada certain jemaah Arab tu plak,tak nak bertolak ansur...Dah solat sunat hajat,nak buat lagi solat2 sunat yang lain...ini yang membuatkan keadaan bertambah sesak dan jemaah yang lain terpaksa menunggu lama...Itu la orang cakap, banyak benda-benda yang aneh yang akan kita lihat and tengok sepanjang kita berada disana...Apapun,syukur alhamdullillah...aku dan family aku dapat menunaikan solat hajat di kawasan Raudhah tu di bahagian saf yang paling depan dengan tenang dan mudah...

After solat tu,kami pun balik la ke hotel untuk rehat dan tidur coz esoknya kami akan melawat ke beberapa kawasan disekitar Kota Madinah..

No comments: